Aduh tajuk...tajuk memancing hahaha. Sebenarnya saya nak bercerita tentang kisah saya menjadikan sampah sebagai tunai sesuai dengan isi blog ni.
Sejak beberapa bulan yang lalu, saya mengumpul bahan-bahan buangan rumah seperti botol-botol plastik kosong, botol-botol kaca, kotak-kotak, tin-tin aliminium, tin susu dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut walaupun sampah, tetapi boleh dikitar semula. Oleh kerana ia boleh dikitar semula, pengusaha industri ini sanggup membayar untuk membeli sampah-sampah kita. Walaupun harganya tidaklah begitu tinggi. Harganya boleh dilihat seperti di bar sisi laman blog ni. Contohnya harga sekilo kertas terpakai / kotak mungkin 20 sen sekilo. Memang nampak kecil tapi lama-lama kumpul kata orang sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Berbalik ke tajuk asal. Samalah juga dengan pemasangan iklan nuffnang. Ia sebagai salah satu pendapatan sampingan blogger berdasarkan klik pengunjung iklan atau tajaan penaja, blogger memperolehi pendapatan. Banyak teknik yang digunakan untuk menarik perhatian pengunjung namun setelah beberapa bulan tunai di skrin bagi kebanyakan blogger masih belum mencecah angka untuk boleh ditunaikan walaupun aktif menulis blog. Akhirnya ramai yang mengundur diri. Jadi saya rasa pihak nuffnang perlu mengkaji reward atau nilai ganjaran yang diberikan kepada para blogger kerana dengan hanya menjual sampah yang dikumpul beberapa bulan baru-baru ni, nilainya lebih tinggi berbanding nilai ganjaran iklan yg dipaparkan di skrin malah saya telah mendapat tunai sedangkan untuk memperolehi ganjaran pemasangan iklan nuffnang lebih masa diperlukan untuk itu dengan berbagai teknik tambahan.
Jadi. Selamat mengumpul bahan kitar semula dan nuffnang mohon kaji ganjaran anda kerana blogger yang tak gembira akan lari dari anda. Renung-renungkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan