Halaman

Sabtu, 16 Jun 2012

Minggu sudah hantar barang untuk kitar semula dan dapat...

Assalamualaikum,

Lama tak kemaskini blog ni..Walaupun mungkin tak ada yg menjengah. Tak apalah mana tau ada yg sudi.
Baiklah. Minggu lalu saya ada hantar barang untuk dikitar semula yang dah dikumpul beberapa bulan juga. Antaranya botol-botol plastik minyak masak/kodial.syampu/sabun/mineral, Tin-tin susu dan aliminium, kotak-kotak minuman, kertas-kertas campur berwarna, surat khabar. Jumlahnya ikut pecahan berikut lebih kurang:

Kertas2 campur berwarna 5 Kg
Plastik (botol2) 5 kg
Tin-tin 5 kg

Kira punya kira cuma dapat dalam RM3.00 sahaja. (Sebenarnya boleh dapat lebih tinggi lagi tapi masa tu lebih kurang sajalah) Lagipun tin-tin kebanyakannya tin susu dan plastik dikira harga plastik keras sebab beratnya dilebihkan nak genapkan bayaran. Walaupun penuh bonet kereta.

Nampak tak berbaloi? tapi dapat tunai tu hasil buangan sampah sendiri. Nilai RM3.00 walaupun cuma boleh beli setin susu pekat manis atau sarapan pagi nasi lemak dan air. Tetap bernilai, bagaimana kita nak nilaikan jumlah yang besar jika tidak syukur dengan nilai yang kecil.  :) Selamat berkitar semula selain nilai wang, bernilai juga untuk alam sekitar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan