Halaman

Selasa, 2 Oktober 2012

Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang


Artikel Blog Hidup Berhemat kali ini akan berkongsi tentang Program Bantuan Perumahan yang diumumkan baru-baru ini oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di laman webnya. 

Sekiranya kebetulan anda adalah penghuni rumah-rumah yang layak memohon untuk program ini, silalah manafaatkan peruntukan yang telah disediakan. 

Sering kita dengar masalah-masalah yang dihadapi oleh penghuni-penghuni rumah pangsa kos sederhana rendah dan kos rendah terutamanya masalah-masalah berkaitan kerosakan lif dan kebersihan serta masalah penyelenggaraan. Mata juga tentu sakit bila memandang keadaan luar bangunan yang telah pun pudar catnya serta berkulat atau terlalu buruk. 

Peruntukan yang ada ini, sekurang-kurangnya dapat menyediakan peruntukan untuk mengecat semula bangunan dan membaiki lif dan sebagainya. 

Sila baca maklumat lanjut berkenaan peruntukan ini di sini. 


Semoga memberi manafaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan