Halaman

Isnin, 25 Februari 2013

Faedah-faedah Dari Budget 2013 Bahagian 1

Assalamualaikum

Tahun 2013 telah muncul. Ini bermakna banyak perkara yang diutarakan dalam budget 2013 telah mula dikuatkuasakan. Saya ingin beri maklumat yang boleh diperolehi oleh golongan berpendapatan rendah atau bawah RM3000 serta mereka yang layak , faedah budget ini.

1. BRIM 2 - Bantuan rakyat 1 Malaysia sebanyak RM500. Ketua keluarga yg berpendapatan isi rumah  kurang RM3000 boleh memohon. Permohonan dilanjutkan sehingga 15 Mac 2013. Permohonan online di laman LHDN.

2. BRIM 2 untuk Individu Bujang - Bantuan untuk individu bujang sebanyak RM250. Bagi yang belum kahwin berpendapatan kurang 3000 sebulan. Permohonan online di laman LHDN.

3. BBIM - Baucar buku 1 Malaysia RM250 untuk pelajar institusi pengajian tinggi. Rujuk Pusat Pengajian.

4. BP1M - Bantuan pelajar 1 Malaysia. RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.

5. Kad Diskaun Komuter - Permohonan dengan bayaran proses RM1.00. Pengguna kad perolehi diskaun tambang 50% untuk perkhidmatan Komuter. Daftar di stesen komuter terpilih.

6.Geran GMBO - Geran sebanyak RM1000 untuk pemilik perniagaan mikro memaparkan secara atas talian perniagaan mereka. Mereka yang layak dan memenuhi syarat boleh berdaftar di sini. https://gmbo.skmm.gov.my/

7. Rebat Telefon Pintar - Bagi Belia berusia bawah 30 tahun berpendapatan kurang RM3000, layak membeli telefon pintar pelbagai jenama dengan mendapat rebat sebanyak RM200.

8. BLIM- Bantuan Lesen Motorsikal B2.  Belia juga berpeluang mendapat lesen motosikal pada harga diskaun. Maklumat lanjut di sini  http://bl1m.my/main.asp?menu=lamanutama

9. Diskaun Bayaran Pasport - Diskaun 50% untuk warga emas bagi bayaran passport iaitu RM80 untuk satu tahun atau RM150 untuk 5 tahun. Bagi OKU yg berdaftar, pendaftaran adalah percuma. Rujuk Jabatan Imigresen.

10. Kemudahan Bakal Haji. - Bakal jemaah haji dibenarkan mengeluarkan caruman mereka dari akaun 2 KWSP bagi mencukupkan bayaran mengerjakan haji. Rujuk KWSP untuk maklumat lanjut.

Kebanyakan bantuan yang dinyatakan di atas menyentuh bahagian pengurangan beban kos sara hidup yang makin meningkat serta bahagian pendidikan. Faedah-faedah lain akan disentuh dalam bahagian seterusnya. Bagi mereka yang belum bertindak, segeralah rebut peluang yang ada.

Namun perlu juga mengkaji pro dan kontra sesuatu bantuan tersebut. Contohnya sekiranya anda mengambil bantuan rebat telefon pintar, anda perlu tanya terlebih dahulu diri anda sama ada perlu atau tidak anda dengan telefon tersebut serta mengkaji kontrak serta bayaran bulanan yang ditawarkan syarikat telekomunikasi. Jika ianya lebih melalaikan atau membebankan anda di kemudian hari, lebih baik anda memilih telefon biasa sahaja. 

Begitu juga dengan bantuan passport untuk warga emas. jika benar hendak berjalan ke luar negara, barulah mendaftar jika tidak, tak perlulah membazir duit untuk perbahrui passport semata-mata mengikut orang atau merebut bayaran diskaun.

Ok. bersambung nanti. :) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan