From junk to wang atau from trash to cash. Apa saja gelarnya. Itu sebenarnya yang boleh anda jangkakan jika berpeluang menyertai acara seperti Car Boot Sale.
Ia adalah satu acara yang penjualnya menjual barang-barang terpakai mereka kepada pengunjung2 acara dengan hanya membuka tempat simpanan kereta mereka. Namun Program Car Boot Sale moden, ada yang menyediakan tempat seperti meja dan khemah untuk meletakkan barang-barang jualan mereka. Acara ini biasanya dijalankan sebelah pagi atau petang untuk elakkan cuaca panas.
Programnya agak terkenal di luar negara, di Malaysia, baru saja mendapat tempat.
Apa yang biasanya ada di Jualan Car Boot Sale?
Biasanya ialah barang-barang terpakai yang masih baik seperti peralatan pinggan mangkuk, barangan rumah, hiasan-hiasan rumah, baju-baju yang masih elok tetapi tidak lagi pemilik mahu kerana telah ketat, buku dan lain-lain lagi. Barang-barang ini biasanya dijual sangat murah. Tujuan utamanya untuk mengurangkan beban pemilik yang memiliki lebihan barang, serta dapat menukarkannya dalam bentuk wang. Selain itu ada juga yang dianjurkan untuk mengumpul derma atau atas tujuan kebajikan.
Lokasi Car Boot Sale.
Biasanya ada penganjur yang menganjurkan acara ini. Contohnya di Pulau Pinang setakat ini ada satu acara Car Boot Sale tetap yang dianjurkan pada Sabtu minggu ketiga setiap bulan di Strait Quay. Baru-baru ini pula ada juga dianjurkan pada Ahad sempena Program Occupy Beach Street.
Pengalaman sertai Car Boot Sale baru -baru ini.
Yuran yang dikenakan cuma RM10 untuk 4 jam acara yang bermula Jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. Agak banyak baju-baju lama yang dibawa untuk jualan. Setelah tamat acara, hasilnya adalah dalam RM35.00 sahaja. Bergantunglah jenis barang yang dibeli oleh orang ramai serta harganya. Baju biasa nya dilelong di antara RM1-5 sehelai. buku-buku dan majalah pula RM1 senaskhah.
Hasil jualan saya agak kurang pada masa tu. Namun itu ikut jugalah ada yang dapat ratus-ratus ringgit hasil jualan Car Boot Sale saja.
Jadi selain menjual sampah untuk dikitar semula, anda juga boleh mengumpulkan barang-barang yang masih elok di rumah tetapi tidak mahu lagi digunakan untuk dijual kepada orang-ramai di acara car boot sale. Kerana someone's trash is another's treasure
Tiada ulasan:
Catat Ulasan