Halaman

Sabtu, 29 November 2014

Pengurusan Hutang : Cara Kurangkan Hutang Bulanan

Artikel ini saya kongsi dari laman http://jamallife.com/

Pengurusan Hutang  : Cara Kurangkan Hutang Bulanan Dari RM3000 Sebulan Kepada RM0
Ramai yang telah berjumpa dengan saya, menyatakan hasrat hendak mula membeli rumah sebagai pelaburan hartanah, namun ada segelintir yang stuck dengan kemampuan membuat pinjaman disebabkan terlalu banyak komitmen bulan yang perlu dibayar. Bagi saya perkara ini adalah normal dan banyak orang yang sedang menghadapi krisis ini saban hari disebabkan proses mendapat pinjamam terlalu mudah.
Hari ini saya hendak berkongsi cara saya bagaimana saya selesaikan masalah ‘over-commitment’ dan ‘fix it’ salah seorang yang berjumpa dengan saya, moga anda semua dapat mengunakan konsep yang sama sekiranya bersesuaian dengan anda.
Saya selalunya suka membuat pelan penyelesaian dan akan mengikuti pelan itu dengan sedikit perubahan di masa hadapan.
Latar Belakang Hutang
HutangBebanan BulanBakiRemarks
KeretaRM767RM27,600Baki lagi 4 tahun
Hutang PeribadiRM608RM43,800Baki lagi 3 tahun
Kad KreditRM1,000RM20,0005% dari baki
Hutang Aeon KreditRM330RM5,500
Hutang Installment 0%RM310RM4,000
JumlahRM3015RM100,900 

Secara umum, beliau masih lagi hidup seperti biasa cuma beliau tidak boleh ‘move forward’. Saya kongsi pelan penyelesaian yang kebiasaan saya cadangkan.
Langkah #1 : Consolidate Hutang Sedia Ada
Kebiasaan langkah pertama ini penting dan bertujuan untuk memberi ruang supaya ada ruang untuk boleh bernafas. Jumlah keseluruhan hutang ialah RM100K, jadi saya cadangkan kepada beliau untuk mengambil personal loan sebanyak RM130K dengan Bank Islam atau Bank Rakyat.
Bayaran bulanan sebanyak RM RM1473 iaitu penjimatan sebanyak RM3015 – RM 1473 = RM1542 atau sebanyak  51% reduction.
Tips nya, masa pohon pinjaman peribadi beritahu banker tersebut untuk knock off hutang-hutang tersebut, cuma lebihan sebanyak RM30K beliau akan dapat.
Dengan langkah ini sahaja, beliau sudah boleh bernafas. Ramai yang diluar sana cukup anti dengan personal loan, bagi saya tidak, cuma kena bijak mengunakannya sahaja. Lagipun personal loan hanya mengambil masa lebih kurang  2 minggu sahaja untuk dapat loan.
Kepada bukan bekerja dengan GLC atau kerjaaan boleh dapat maklumat dengan bank Al Rahji
Langkah #2 : Cipta Bakul Asset Yang Boleh Berlindung
Selepas sebulan atau dua bulan, bolehlah meneruskan langkah kedua ini apabila CCRISS sudah bersih dari segala hutang di atas. Langkah ini, memerlukan beliau membeli hartanah, saya suggest membeli hartanah bernilai antara RM200K – RM250K, paling menarik ialah hartanah lelong atau hartanah basic yang tiada renovation. Modal awal boleh guna RM30K yang ada itu untuk membayar down payment dan lawyer.
Rumah ini hendak disewa fully furnished atau dengan sewa bilik fully furnished .Anggaran jumlah sewa yang dapat adalah RM1500 sebulan dan bayaran  bank ialah RM1,114 ( hartanah 250K), jadi terdapat lebihan RM386.
Secara umum, beliau sudah mengurangkan hutang lagi kepada, RM1473 – RM386 =  RM1087 atau sebanyak  64% daripada hutang asal atau lagi RM1926 ruang bernafas.
Langkah #3 : Berlindung Semua Hutang Dalam Asset
Pelan asal sebenar dengan membeli hartanah lagi dengan mengunakkan duit KWSP, cuma saya skip untuk ini. Langkah 3 ialah terpaksa tunggu antara 2-3 tahun supaya hartanah tersebut untuk meningkat kepada RM350 to RM400K, berdasar pengelaman hartanah dalam lingkup kemampuan mempunyai kenaikan cepat antara 15% to 30% setahun, secara purata 20%.
Caranya ialah bila nilai pasaran tersebut meningkat, maka keluarkan sedikit duit untuk membuat minor renovation seperti table top, kitchen cabinet, cornice dan  plaster syiling supaya memboleh penilai memberi nilai yang tinggi sedikit daripada basic. Kalau andainya anda tahu, kosnya amat rendah.
Maka langkah ini ialah refinance pada harga RM355K dan bayaran bulan ialah RM1757, maka anda dapat cash out sebanyak RM130K. Gunakanlah duit ini untuk membayar semua hutang peribadi sebanyak RM130K tadi.
Disebabkan sudah 2 tahun, kemungkinan besar nilai pasaran sewa sudah meningkat, katalah disewa pada harga RM1800,
Dengan ini jumlah bebanan hutang yang perlu beliau bayar ialah RM0, kerana jumlah bulanan sudah di bayar oleh penyewa dan semua hutangnya sudah disembunyikan dalam hartanah tersebut.
Langkah #4 : Move forward
Untuk move forward, beliau boleh guna hasil simpanan lebihan, account 2 EPF, bonus, personal loan untuk membeli hartanah berikutnya. Yang membeza ialah beliau atau anda ialah mengambil tindakan untuk sediakan pelan dan laksanakan pelan tersebut.
Moga hasil case study ini, dapat membuka mata-mata kawan kearah mencari jalan financial freedom.
Terima kasih dan selamat malam.

Selasa, 26 November 2013

Car Boot Sale satu lagi cara tambah pendapatan.

From junk to wang atau from trash to cash. Apa saja gelarnya. Itu sebenarnya yang boleh anda jangkakan jika berpeluang menyertai acara seperti Car Boot Sale.
 
Apa itu Car Boot Sale?

Ia adalah satu acara yang penjualnya menjual barang-barang terpakai mereka kepada pengunjung2 acara dengan hanya membuka tempat simpanan kereta mereka. Namun Program Car Boot Sale moden, ada yang menyediakan tempat seperti meja dan khemah  untuk meletakkan barang-barang jualan mereka. Acara ini biasanya dijalankan sebelah pagi atau petang untuk elakkan cuaca panas.
Programnya agak terkenal di luar negara, di Malaysia, baru saja mendapat tempat.
 
Apa yang biasanya ada di Jualan Car Boot Sale?
 
Biasanya ialah barang-barang terpakai yang masih baik seperti peralatan pinggan mangkuk, barangan rumah, hiasan-hiasan rumah, baju-baju yang masih elok tetapi tidak lagi pemilik mahu kerana telah ketat, buku dan lain-lain lagi. Barang-barang ini biasanya dijual sangat murah. Tujuan utamanya untuk mengurangkan beban pemilik yang memiliki lebihan barang, serta dapat menukarkannya dalam bentuk wang. Selain itu ada juga yang dianjurkan untuk mengumpul derma atau atas tujuan kebajikan.
 
Lokasi Car Boot Sale.
 
Biasanya ada penganjur yang menganjurkan acara ini. Contohnya di Pulau Pinang setakat ini ada satu acara Car Boot Sale tetap yang dianjurkan pada Sabtu minggu ketiga setiap bulan di Strait Quay. Baru-baru ini pula ada juga dianjurkan pada Ahad sempena Program Occupy Beach Street.
 
Pengalaman sertai Car Boot Sale baru -baru ini.
 
Yuran yang dikenakan cuma RM10 untuk 4 jam acara yang bermula Jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. Agak banyak baju-baju lama yang dibawa untuk jualan. Setelah tamat acara, hasilnya adalah dalam RM35.00 sahaja. Bergantunglah jenis barang yang dibeli oleh orang ramai serta harganya. Baju biasa nya dilelong di antara RM1-5 sehelai. buku-buku dan majalah pula RM1 senaskhah.
Hasil jualan saya agak kurang pada masa tu. Namun itu ikut jugalah ada yang dapat ratus-ratus ringgit hasil jualan Car Boot Sale saja.
 
Jadi selain menjual sampah untuk dikitar semula, anda juga boleh mengumpulkan barang-barang yang masih elok di rumah tetapi tidak mahu lagi digunakan untuk dijual kepada orang-ramai di acara car boot sale. Kerana someone's trash is another's treasure
 
 
 
 

Ahad, 17 November 2013

Jualan Barang Kitar Semula Bulan Oktober dan November 2013

Alhamdulilah.

Kali ni dapat agak lebih sikit daripada bulan lalu.

1. Botol-botol plastik 2 kg x 0.50 = RM1.00
2. Tin-tin susu 2.5 kg tapi dikira 3kg x 0.30 = RM0.90
3. Kotak dan kertas surat khabar 4kg x 0.30 = RM1.20

Jumlah: RM3.10 (9 KG)

Jumlah keseluruhan sejak Januari 2013 = RM50.40

Agak lebih jika dibandingkan tahun lalu. Tahun lalu 6 bulan terakhir cuma RM21 sahaja. Tahun ni sejak 11 bulan lalu purata pendapatan jualan kitar semula sebulan RM4.60.

Selamat kitar semula. :)

Rabu, 9 Oktober 2013

Jualan Kertas Surat Khabar Lama dan Kertas-kertas Iklan

Assalamualaikum,

Hasil kemas dan punggah-memunggah barang-barang lama, hari ni sempat bawa 1 kotak surat khabar lama dan iklan-iklan lama ke Pusat Kitar Semula, timbang dapat la
6.5 KG digenapkan jadi 7 KG.

Bayarannya 7KG x RM0.30 = RM2.10

Alhamdulilah :)

Kali ni tak bawa tin dan botol kerana masih sedikit , tunggu sesi akan datang.

Jumlah hasil jualan sampah dari Januari sehingga Oktober setakat ni berjumlah RM47.30

Alhamdulilah



Ahad, 6 Oktober 2013

Pengurusan Gaji, Satu lagi kaedah.




 
 
Gambar menunjukkan satu lagi kaedah pengurusan kewangan peribadi yang kita sama-sama boleh praktikkan. Ia diletakkan dalam bentuk peratus. Di sini saya turunkan contoh bagi pendapatan RM1000 sebulan.
 
Akaun 1: RM1000 (100%)  dibahagi 2 bahagian.
 
Bahagian pertama RM300 (30%) dibahagi kepada 2 bahagian lagi iaitu :
 
a) Akaun 2 RM100 (10%) untuk simpanan sendiri. Tabung ini boleh digunakan untuk Infaq, hiburan, beli gadjet dan percutian jika telah mencukupi target. Katakan sasaran kita untuk satu tahun. Jika tidak diusik, nilai terkumpul ialah sebanyak RM1200.00 boleh digunakan untuk tujuan tersebut.
 
b) Akaun 3 RM200 (20%) Akaun kontigensi. Sasaran kita untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 6 bulan nilai gaji semasa. setelah capai target, ia boleh disimpan tanpa diusik atau dilaburkan dalam bentuk beli hartanah, beli emas, ASB, atau simpanan untuk tabung haji. Simpanan ni haruslah tidak diusik kerana ia amat diperlukan dalam saat genting contohnya ketika kita hilang pendapatan dan sebagainya. Bagi kes bergaji RM1000, perlu capai RM6000 sekurang-kurangnya untuk akaun ini.
 
Bahagian kedua RM700 (70%) adalah perbelanjaan.
 
Perbelanjaan boleh dipecahkan kepada belian barang dapur, Keluarga (Ibu Bapa), sewa rumah/ansuran rumah dan kereta, bil utiliti, byrn pinjaman pelajaran dan lain-lain.
 
contoh cadangan pecahan: Barangan Dapur RM100 (10%), Ibu Bapa RM200 (20%), Rumah RM100 (10%), Kereta/ Pengangkutan Awam RM100 (10%), Utiliti RM100 (10%) Pinjaman Pelajaran RM100 (10%)
 
Jika dilihat cadangan perbelanjaan memanglah tidak logik untuk letakkan kereta, rumah dan pinjaman pelajaran RM100 atau 10% saja dari gaji. kerana bayaran balik ansuran rumah malah sewa pun tidaklah semurah itu. Jika berlaku demikian bermakna, perbelanjaan anda telah melebihi pendapatan. Apa yang perlu dilakukan ialah meningkatkan pendapatan serta mengurangkan perbelanjaan.
 
Bagi orang masih bujang, peratus di atas masih logik. Contohnya, jika dia jenis tidak makan luar atau makan luar untuk sekali sekala. Menyewa rumah bersama kawan atau masih tinggal dengan ibu bapa, atau tinggal di perumahan yang disediakan majikan atau kuaters. kereta pula berkongsi kereta atau jenis naik pengangkutan awam yang jaraknya tidak jauh dari rumah, atau jarak tempat kerja dan penginapan amat dekat dan tidak memerlukan pengangkutan. Utiliti yang rendah kerana berkongsi bayar atau tinggal sendiri, serta mendapat ansuran pinjaman yang rendah atau diskaun atau telah selesai pinjaman kerana mendapat biasiswa. :)
 
 
 
 
 


Jualan Barang Bulan September 2013

Dalam penghujung bulan September dulu ada la jual sampah-sampah seperti biasa.

Tapi kali ni keseluruhan kotak-kotak, kertas, tin susu dan botol plastik cuma RM2.00 sahaja.

Sebab tak sebanyak dulu. Jumlah sampah lebih kurang 6kg.

Jumlah hasil jualan sampah dari Januari sehingga September setakat ni berjumlah RM45.20

Sekian laporan jualan barang kitar semula bulan September 2013.

Ahad, 18 Ogos 2013

Jualan Barang Kitar Semula Julai dan Ogos 2013

Beberapa hari sudah dalam pertengahan bulan Ogos saya membawa sampah-sampah berikut untuk dikitar semula:

Kotak
Botol Plastik
Surat khabar lama
1 batang pemegang lampu siling lama

Berat keseluruhan kira-kira 12 KG. pengusaha tersebut bayar RM0.30 untuk sekilo.
Jadi jumlahnya 12 x 0.30 = RM3.60

Jumlah keseluruhan setakat Ogos ni sejak Januari 2013 = RM43.20 Alhamdulilah.

* sayang sikit kali ni tiada tin, kerana tak dikumpul. sepatutnya boleh dapat lebih sikit kalau campur tin.

Selamat berkitar semula.