Halaman

Ahad, 6 Oktober 2013

Pengurusan Gaji, Satu lagi kaedah.




 
 
Gambar menunjukkan satu lagi kaedah pengurusan kewangan peribadi yang kita sama-sama boleh praktikkan. Ia diletakkan dalam bentuk peratus. Di sini saya turunkan contoh bagi pendapatan RM1000 sebulan.
 
Akaun 1: RM1000 (100%)  dibahagi 2 bahagian.
 
Bahagian pertama RM300 (30%) dibahagi kepada 2 bahagian lagi iaitu :
 
a) Akaun 2 RM100 (10%) untuk simpanan sendiri. Tabung ini boleh digunakan untuk Infaq, hiburan, beli gadjet dan percutian jika telah mencukupi target. Katakan sasaran kita untuk satu tahun. Jika tidak diusik, nilai terkumpul ialah sebanyak RM1200.00 boleh digunakan untuk tujuan tersebut.
 
b) Akaun 3 RM200 (20%) Akaun kontigensi. Sasaran kita untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 6 bulan nilai gaji semasa. setelah capai target, ia boleh disimpan tanpa diusik atau dilaburkan dalam bentuk beli hartanah, beli emas, ASB, atau simpanan untuk tabung haji. Simpanan ni haruslah tidak diusik kerana ia amat diperlukan dalam saat genting contohnya ketika kita hilang pendapatan dan sebagainya. Bagi kes bergaji RM1000, perlu capai RM6000 sekurang-kurangnya untuk akaun ini.
 
Bahagian kedua RM700 (70%) adalah perbelanjaan.
 
Perbelanjaan boleh dipecahkan kepada belian barang dapur, Keluarga (Ibu Bapa), sewa rumah/ansuran rumah dan kereta, bil utiliti, byrn pinjaman pelajaran dan lain-lain.
 
contoh cadangan pecahan: Barangan Dapur RM100 (10%), Ibu Bapa RM200 (20%), Rumah RM100 (10%), Kereta/ Pengangkutan Awam RM100 (10%), Utiliti RM100 (10%) Pinjaman Pelajaran RM100 (10%)
 
Jika dilihat cadangan perbelanjaan memanglah tidak logik untuk letakkan kereta, rumah dan pinjaman pelajaran RM100 atau 10% saja dari gaji. kerana bayaran balik ansuran rumah malah sewa pun tidaklah semurah itu. Jika berlaku demikian bermakna, perbelanjaan anda telah melebihi pendapatan. Apa yang perlu dilakukan ialah meningkatkan pendapatan serta mengurangkan perbelanjaan.
 
Bagi orang masih bujang, peratus di atas masih logik. Contohnya, jika dia jenis tidak makan luar atau makan luar untuk sekali sekala. Menyewa rumah bersama kawan atau masih tinggal dengan ibu bapa, atau tinggal di perumahan yang disediakan majikan atau kuaters. kereta pula berkongsi kereta atau jenis naik pengangkutan awam yang jaraknya tidak jauh dari rumah, atau jarak tempat kerja dan penginapan amat dekat dan tidak memerlukan pengangkutan. Utiliti yang rendah kerana berkongsi bayar atau tinggal sendiri, serta mendapat ansuran pinjaman yang rendah atau diskaun atau telah selesai pinjaman kerana mendapat biasiswa. :)
 
 
 
 
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan